Akademi Binaan Malaysia ( ABM )

PUSAT LATIHAN KEMAHIRAN BERTAULIAH CIDB MALAYSIA

abm wilayah utara  sintok

ABM adalah platform CIDB untuk menyediakan latihan kemahiran binaan untuk tenaga kerja pembinaan Malaysia.Terdapat 6 ABM di seluruh Malaysia.

ABM Wilayah Utara terletak di Sintok Kedah Darulaman berdekatan dengan UUM Sintok.

Kemudahan latihan yang lengkap dan terbaik.

Pusat latihan CIDB (ABM) menyediakan kemudahan lengkap,terutama untuk pelatih yang menjalani kursus kemahiran.Antaranya,bengkel dan kelas dilengkapi dengan peralatan secukupnya,kemudahan asrama,makan dan minum percuma (untuk pelatih di bawah program latihan kemahiran belia),kemudahan riadah dan surau.

LATIHAN KEMAHIRAN DI ABM.

Program Latihan Kemahiran Pekerja Binaan (Personal Binaan)

Untuk memastikan supaya kerja pembinaan yang dihasilkan adalah berkualiti.CIDB menggalakkan supaya semua pekerja binaan sedia ada yang tiada kemahiran supaya menjalani latihan kemahiran di ABM.

Pekerja yang berjaya menamatkan latihan kemahiran ini akan dianugerahkan Sijil Kecekapan Kemahiran (SKK) CIDB yang mengesahkan kemahiran mereka.

Program Latihan Kemahiran Belia Lepasan Sekolah.

Terbuka kepada golongan belia berumur antara 16 tahun hingga 35 tahun.Latihan kemahiran yang disediakan membolehkan mereka memulakan kerjaya dibidang industri pembinaan yang kian berkembang maju.

Program Akreditasi Kemahiran CIDB.

Untuk diakreditasi,pekerja perlu membuat pendaftaran di pejabat-pejabat CIDB atau ABM yang berhampiran.Tiada bayaran dikenakan.

Kursus sepenuh masa,separuh masa dan hujung minggu.Kursus ditaja sepenuhnya oleh CIDB.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi kami :

Koordinat Garmin GPS  :

N 06° 27.100′

E 100° 31.807′

Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara

Lot 2991 & 2992 Jalan Sintok-Padang Sanai

06010 Sintok,Kedah Darulaman.

Cari saya di facebook :  Klik utk ke FB   atau   WhatsApp : 018-959 7084  ( zuber )

SEKITAR PENDAFTARAN PELATIH BARU

Abm utara

TAHNIAH KEPADA SEMUA PELATIH YANG LAYAK..

Pengambilan akan datang pada  2 Jun 2013 bagi kursus Building Wiring Installation ( BWI )

Kursus cuma 3 bulan . Yuran cuma Rm 200.00 ++. ( Sijil BWI-CIDB)

Jika mahu kursus PERCUMA sila hubungi saya.

[ HOME ]

By AbmUtara

Kursus Kemahiran Elektrik PERCUMA – Hujung Minggu -

  Kursus Pemasangan Pendawaian Bangunan-Elektrik ( BWI )

Tiada yuran dikenakan ( Ditaja CIDB )-FREE !!!

Belajar teori dan amali-Ada Modul

Berumur 19-55 tahun & Warganegara Malaysia

Memiliki Kad Hijau CIDB ( Kalau tiada boleh isi Borang UPP1 Pin.2008 )

Pengalaman kerja sekurangnya  6 bulan.

Elaun kehadiran RM100.00 kepada setiap peserta.

Kursus Cuma 5 hari ( boleh buat hari cuti )

Dapat Sijil SKK CIDB-40 CCD Point utk Kontraktor

Boleh sambung belajar kursus Pendawai 1 Fasa PW2

# Kursus terdekat pada 25 Jun-29 Jun 2013 nanti. Lokasi Abm Utara Sintok,Kedah.

Asrama disediakan tetapi perlu maklum terlebih dahulu.

**Jika anda adalah bekas pelatih Abm dan telah tamat selama 6 bulan dan memenuhi syarat yang ditetapkan,anda juga boleh memohon untuk mengikuti kursus Elektrik (BWI).

Contohnya anda telah belajar secara sepenuh masa kursus Air-Cond,selepas 6 bulan anda tamat kursus di abm, anda boleh mohon untuk kursus Elektrik BWI ini.

LogoMySkillsMalaysia2e

KAD HIJAU / KAD PEKERJA BINAAN :

Apa itu Kad Hijau ?

Kad hijau adalah kad yang dikeluarkan oleh CIDB bagi mendaftarkan semua pekerja yang terlibat di tapak binaan. Tanpa kad hijau mereka tidak dibenarkan memasuki tapak binaan. Melalui kad ini seseorang personel itu dapat dikenalpasti bidang kerja serta tahap kemahiran yang dimilikinya.

Keistimewaan,anda dilindungi insuran Takaful Berkelompok  CIDB selama 2 tahun.Yuran  cuma          RM 50.00

imagescidb

kad hijau cidbBanyak faedah jika memiliki Kad Hijau ni. Mohon Sekarang !!!

Pemohon mestilah mematuhi perkara berikut :

-Terdiri dari individu yang bekerja di tapak binaan.

-Mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

-Berumur tidak kurang dari 16 tahun

DSCF3456E

exam pw2

Ingin mengikuti kursus tapi tiada Kad Hijau?? Sila download Borang Kad Hijau,isi dengan lengkap dan pos kepada saya.

WhatsApp / Sms : 018-959 7084  ( zuber )  Mohon Sekarang !!!

email : dexzuber@gmail.com

Waktu terbaik nak call saya 6.00 ptg-10.00 mlm. Sms/WhatsApp anytime.

Ya , Saya Berminat Untuk Mengikuti Kursus : ( Umur 19 Tahun – 55 Tahun Sahaja )

Jika anda tidak memiliki kad hijau,anda mesti download borang kad hijau UPP1. Isi dengan lengkap dan pos kepada saya.
Sertakan sekeping gambar ukuran passport dan salinan kad pengenalan.
Pada ruang WARIS sila isi dgn lengkap ( ramai tidak isi–ini ialah penama insuran anda !! )

Pos kepada saya :

Muhd Zuber Bin Abdul Rahman
Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara
Lot 2991 & 2992 Jalan Sintok-Padang Sanai
06010 Sintok,Kedah Darulaman.

Jom sertai  kursus sementara masih Percuma,tahun 2014 mungkin akan dikenakan yuran (RM 600.00)

**Jika anda adalah bekas pelatih Abm dan telah tamat selama 6 bulan dan memenuhi syarat yang ditetapkan,anda juga boleh memohon untuk mengikuti kursus Elektrik (BWI).

**WhatsApp ialah satu software yang membolehkan anda menghantar pesanan teks,mms secara percuma. (Nokia,Android-phone)

-SELAMAT TAHUN BARU 2013-

By AbmUtara