Tentang ABM

Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara

Latar Belakang ABM Utara

Akademi Binaan Malaysia (Utara) Sdn.Bhd. merupakan sebuah syarikat yang diperbadankan pada 18 Jun 1998 di bawah Akta Syarikat 1965. Sebelum ini, ia dikenali sebagai Akademi Binaan Malaysia (Perak) Sdn.Bhd. dan ditukar nama kepada Akademi Binaan Malaysia (Utara) Sdn. Bhd. pada 10 Februari 2001 atau lebih dikenali sebagai ABM Utara.

Akademi Binaan Malaysia (Utara) Sdn. Bhd. merupakan anak syarikat CIDB Holding Sdn. Bhd. yang dimiliki sepenuhnya oleh CIDB Malaysia. Sebelum pembukaan kampus di Sintok, ABM Utara mula beroperasi di tapak sementara terletak di Lot 1687, Bandar Darul Aman, Jitra, Kedah. Pembukaan kampus ABM Utara di Sintok adalah pada Januari 2007.

Akademi Binaan Malaysia adalah pusat latihan & penilaian CIDB Malaysia (Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia) yang bertanggungjawab terhadap industri pembinaan negara bagi melatih dan mengeluarkan tenaga mahir yang dilengkapi dengan kesesuian kemahiran, standard, kecekapan, kualiti dan produktiviti.

ABM Utara adalah sebuah badan yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan untuk membangunkan industri pembinaan negara, dan selaras dengan peruntukan dalam akta 520, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia untuk mempertingkatkan kemahiran sumber manusia industri pembinaan negara supaya mereka boleh menyumbangkan ke arah peningkatan daya saing industri ini pada masa depan.

ABM UTARA

Maklumat Kampus

Ketua Pegawai Eksekutif
– Mohd Nazri Bin Hj. Zakaria

Lokasi
– Terletak di Sintok, Kedah.
– Perkhidmatan pengangkutan awam adalah dengan teksi dan bas.

Keluasan Kampus
– Lebih kurang 60 ekar

Kapasiti Pelatih
– 700 orang

Pattern V 123x300

Logo Rasmi
ABM Utara


abm wilayah utara
Pengajar Berpengalaman

Sebahagian besar daripada tenaga pengajar ABM mempunyai pengalaman bekerja dalam industri, pernah dihantar menjalani latihan kemahiran di luar negara serta barisan pakar-pakar yang terlibat dengan Worlds Skill.

Kemahiran di ABM Utara

Menawarkan Lebih Dari 100 Tred Latihan, seperti Scaffolding, Elektrikal, Penjaga Jentera, Teknologi Binaan Bangunan, Teknologi Perpaipan, Hiasan Dalaman, Gas Pipe Fitting, Gas Pipe Insulation , Air-conditioning, IBS, Jentera Berat (Mobile Crane, Tower Crane, Backhoe, Excavator) dan banyak lagi.

Cawangan ABM Utara

ABM Utara mempunyai 2 cawangan iaitu di ABM Utara Cawangan Perak- Manjung & ABM Utara Cawangan Pulau Pinang – Bertam



Misi

Untuk mengukuhkan struktur institusi dan akan menghasilkan peningkatkan kualiti, kecekapan dan keberkesanan pembangunan sumber manusia bagi industri pembinaan negara.

Visi

Untuk mengukuhkan pengaturan keinstitusian untuk kerjasama yang mendapat pengiktirafan global.

Daftar Ahli Persatuan Alumni ABM Utara

Anda Alumni ABM Utara ? Jom daftar keahlian Persatuan Alumni Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara (PAABMWU) di https://alumni.abmutara.com/

Scroll to Top